USD Tembus Paras Tertinggi Lagi Berbanding Yen, Euro Terus Terperosok!

447

Pengukuhan US dolar berterusan sehingga ke sesi Eropah dengan terus diperdagangkan lebih tinggi berbanding pesaing utamanya.

Kenyataan Pengerusi Federal Reserve (Fed), Jerome Powell mengenai komitmennya untuk menangani inflasi walaupun terdapat risiko kemelesetan telah menyokong dagangan dolar greenback.

Walaupun begitu, pasaran turut berhati-hati terhadap kemungkinan akan berlaku pengambilan untung menjelang penghujung dagangan bulan Jun.

Tumpuan kini disasarkan kepada data perbelanjaan pengguna peribadi (PCE) Amerika Syarikat yang bakal diterbitkan pada sesi New York.

Sementara itu, dagangan euro pula terus melemah di sekitar paras terendah hampir lima tahun berbanding US dolar yang kuat, di samping turut terkesan dengan data inflasi Jerman yang lebih rendah.

Pound pula kekal melemah menghampiri tahap paling rendah dua tahun selepas Gabenor Bank of England (BOE), Andrew Bailey memberi amaran mengenai inflasi di UK akan berterusan untuk tempoh yang lebih lama berbanding ekonomi utama lain.

Dalam pada itu, US dolar turut melonjak ke paras tertinggi terbaharu 24 tahun berbanding yen ketika jurang perbezaan antara dasar Fed yang hawkish dan Bank of Japan (BOJ) yang dovish semakin luas.

Di sisi lain, mata wang komoditi bergelut mencatatkan peningkatan semula selepas dibenam rendah oleh pengukuhan dolar greenback.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat