USD Terus Beraja, Tapi Jaga-jaga Minggu Ini!

856

Dagangan awal minggu melihatkan US dolar didagangkan stabil dengan mengekalkan keuntungan minggu lalu susulan Federal Reserve (Fed) yang masih hawkish.

Ketika sesi Asia, indeks dolar kekal kukuh pada sekitar paras tertinggi enam bulan pada 105.56 berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mesyuarat FOMC minggu lalu telah menyaksikan kadar faedah tidak berubah pada julat 5.25%-5.50%, namun Federal Reserve (Fed) memberi petunjuk untuk satu lagi kenaikan pada akhir tahun ini dan kadar kekal tinggi sehingga 2024.

Berbeza pula dengan bank pusat Switzerland (SNB) dan England (BOE) yang mengejutkan pasaran untuk mengekalkan kadar faedah mereka tidak berubah.

Sementara itu, bank pusat Jepun (BOJ) pula mengecewakan pasaran dengan memilih untuk kekal dengan pendirian dasarnya yang longgar.

Hal ini telah menyebabkan mata wang swiss franc, pound dan yen terus susut lebih lemah berbanding US dolar yang jauh lebih kukuh.

Kelemahan dalam dagangan mata wang pound ditambah pula dengan bacaan data PMI pembuatan dan perkhidmatan UK yang terus menunjukkan penguncupan pada bulan September.

Bacaan yang sama turut dilihat pada data PMI Zon Eropah, menyebabkan mata wang euro terus didagangkan di bawah tekanan pada sekitar paras terendah enam bulan berbanding greenback.

Sementara di Amerika Syarikat, bacaan PMI agak bercampur-campur, dengan catatan sedikit berubah dalam kedua-dua sektor yang menjejaskan sedikit dagangan US dolar pada sesi New York Jumaat lalu.

Pada minggu ini, pasaran akan memberi tumpuan kepada terbitan data keluaran dalam dasar (KDNK) pada hari Khamis dan indeks perbelanjaan pengguna peribadi (PCE) AS pada Jumaat.

Pada masa yang sama, pelabur juga akan mengikuti perkembangan mengenai risiko ‘government shutdown‘ di AS, di mana Kongres kini mempunyai masa 6 hari sahaja lagi untuk mencapai kesepakatan bagi memastikan kerajaan terus berjalan.

Di sisi lain, dolar Aussie dan New Zealand mengakhiri dagangan minggu lalu sebagai mata wang utama paling kukuh, sebelum kedua-dua mata wang itu kembali merosot pada sesi Asia hari ini.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat