USD Terus Parah Menjelang Data Pekerjaan ADP AS!

443

Sentimen positif semasa terus menghiasi pasaran sesi Eropah dengan memperlihatkan dagangan euro kekal menguat sementara mata wang gergasi USD pula susut lebih rendah.

Meskipun Pentagon AS mengatakan bahawa Rusia hanya memindahkan tenteranya sekitar Kiev dan bukannya mengundurkan diri, tetapi pasaran tidak menghiraukannya dan mendorong kebanyakan mata wang utama kekal stabil.

Pelabur kini menantikan penerbitan data pekerjaan sektor swasta ADP AS yang akan dikeluarkan pada sesi New York. Dengan jangkaan yang sedikit menurun pada bulan Mac pelabur mengurangkan pegangan terhadap US dolar.

Pada sesi yang sama, pelabur juga bakal menyaksikan bacaan akhir Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) AS untuk suku keempat 2021.

Sementara itu, mata wang yen terus mencatatkan keuntungan selepas Bank Pusat Jepun (BOJ) mengumumkan campur tangan sekali lagi untuk membeli bon kerajaan Jepun lebih banyak bagi menangani lonjakan hasil bon.

Pembukaan sesi Eropah menyaksikan dagangan yen beransur-ansur pulih dari paras terendah enam tahun yang disentuhnya pada Isnin.

Dolar Aussie dan kiwi terus mengekalkan pengukuhan dengan didagangkan lebih tinggi berbanding US dolar setelah memanfaatkan berita mengenai perkembangan yang positif dalam rundingan Ukraine-Rusia.

Selain itu, sentimen semasa dan kemerosotan US dolar juga menyokong dolar Kanada untuk turut menguat di tengah lonjakan sederhana yang dipamerkan dagangan minyak mentah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat