USD Tunjuk Taring Menjelang Mesyuarat FOMC

790

Dagangan matawang utama kembali mencatatkan penyusutan daripada paras ketinggian yang dicapai, di mana US dolar pula meraih peningkatan menjelang mesyuarat polisi FOMC pada minggu ini.

Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding enam matawang utama didagangkan meningkat 0.25 kepada $93.84, meningkat daripada paras terendah dua tahun.

Walaupun dasar monetari dijangka tidak berubah, namun pelabur berspekulasi bahawa terdapat perubahan dalam petunjuk terhadap dasar semasa yang akan dikemukakan oleh Federal Reserve (Fed) dalam mesyuarat polisi kali ini.

Dagangan matawang euro yang meningkat menghampiri paras ketinggian dua tahun berbanding US dolar pada $1.1781 kembali mencatatkan kemerosotan dengan didagangkan di sekitar harga $1.714.

Sementara itu, keuntungan yang diraih US dolar juga telah mendorong dagangan pound sterling untuk jatuh dari tahap tertinggi 4 setengah bulan.

Bagi matawang komoditi pula, pergerakan dolar Aussie juga terbatas setelah meraih kenaikan ke tahap tertinggi 15 bulan, manakala dolar New Zealand juga jatuh daripada paras ketinggian sejak Januari.

New Zealand hari ini telah mengumumkan penangguhan perjanjian ekstradisi dengan Hong Kong sebagai tindak balas terhadap undang-undang keselamatan baru yang diperkenalkan China.

Kanada, Australia dan UK sebelum ini telah mengambil tindakan yang sama dengan menangguhkan perjanjian ekstradisi mereka dengan Hong Kong.

Sebagai balasan, Menteri Luar China mengatakan bahawa Hong Kong juga akan mengambil tindakan sama dengan menggantu perjanjian yang berkaitan jenayah, termasuk ekstradisi dengan tiga negara tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat