New Zealand Percik Api Kemarahan China

789

Mengikuti jejak rakan negara lain, New Zeland telah menangguhkan perjanjian ekstradisi dengan Hong Kong sebagai tindak balas terhadap undang-undang keselamatan baru yang diperkenalkan China.

Undang-undang tersebut telah mendapat banyak kritikan daripada banyak negara sehingga menyebabkan hubungan diplomatik menjadi mangsa.

Kedutaan China di New Zealand mengatakan penangguhan terbabit adalah merupakan campur tangan secara terang-terangan dalam urusan hal ehwal dalaman China.

Keputusan kerajaan New Zealand juga adalah pelanggaran serius terhadap undang-undang antarabangsa dan norma-norma asas yang mengatur hubungan antarabangsa, menurutnya dalam satu kenyataan.

Kanada, Australia dan UK sebelum ini telah mengambil tindakan yang sama dengan menangguhkan perjanjian ekstradisi mereka dengan Hong Kong.

Susulan penangguhan itu, eksport barangan ‘dual-use’ dan teknologi ketenteraan dari New Zealand ke Hong Kong kini akan diperlakukan sama seperti yang dikenakan ke atas China.

Malah, nasihat perjalanan juga dikeluarkan untuk memberi peringatan kepada warga New Zealand mengenai risiko berada di bawah perlaksanaan undang-undang baru Hong Kong itu.

Dalam pada itu, Menteri Luar Negeri New Zealand, Winstons Peters mengatakan tindakan China telah mengikis prinsip pengaturan undang-undang dan melemahkan prinsip ‘satu negara, dua sistem’ yang menyokong status unik Hong Kong.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat