USDCAD Analisa Fundamental Harian 1 Oct 2015

34

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-016

Dollar CAD merudum lebih 120 pips sepanjang 3 sesi dagangan Rabu semalam, untuk mencapai paras terendah harian sekitar 1.3305 sebelum menutup sekitar paras1.3310 dalam apa yang dilihat sebagai aktiviti pengambilan untung sebelum laporan NFP Ameriak Syarikat esok.  Sebelum daripada itu, kadar tukaran USD/CAD telah meningkat selama 9 hari berturut-turut untuk mencapai paras tertinggi tahunan yang baru sekitar 1.3330 Selasa lalu.

“Pasaran ekuiti dan komoditi global yang lemah telah menjadi pencetus bagi peningkatan dalam pengelakan risiko,” menurut George Davis dari RBC Dominion Sekuriti, yang mencatatkan kejatuhan kepada mata wang berasaskan komoditi seperti loonie dan dolar Australia dan New Zealand.  Mata wang komoditi telah jatuh sebanyak lebih daripada 12% berbanding USD dari awal tahun sehingga ke hari ini, dan merosot di bawah 75 sen (USD/CAD 1.34) pada bulan Ogos lalu buat kali pertama sejak 2004.

[adrotate group=”6″]

Mesyuarat FOMC yang negatif awal bulan lalu telah membolehkan kadar tukaran USD/CAD untuk menjejaki semula paras lima minggu terendah berhampiran 1.30; sekaligus mengesahkan peranan yang dimainkan oleh perbezaan kadar bank pusat pada skala global.

Walaubagaimanpun, terdapat beberapa faktor lain juga seperti ekonomi Kanada yang lemah dan hakikat bahawa Bank of Canada tidak akan menaikkan kadar dalam masa terdekat.  Ini ditambah pula dengan jirannya Amerika Syarikat yang sedang menuju ke arah kenaikan kadar tidak lama lagi.  Semua faktor ini menyebabkan kadar tukaran USD/CAD terus meningkat sekaligus membantu para pelabur AS yang ingin memasuki pasaran Kanada, kerana mendapat lebih banyak CAD untuk satu USD.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat