USDCAD Analisa Fundamental Harian 12 Jan 2015

50

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-002Dollar CAD memacu naik hampir 90 mata dari paras terendah sekitar 1.1802 Jumaat lalu, apabila data Non Farm Payroll (NFP) dan “unemployment rate” Amerika Syarikat dilaporkan jauh lebih baik dari jangkaan.  Pekerja sektor bukan perladangan dilaporkan meningkat sebanyak 252 ribu berbanding 240 ribu jangkaan, walaupun kurang dari 353 ribu pada bulan sebelumnya.  Kadar pengangguran turun pada kadar yang memberansangkan 5.6% berbanding 5.7% jangkaan, dan 5.8% bulan sebelumnya.

Keadaan itu lantas mendorong peningkatan nilai tukaran USD|CAD, apabila pada masa yang sama, Kanada melaporkan “change in employment” dan “building permits” yang jauh meleset dari jangkaan.  4,300 pekerja dilaporkan hilang pekerjaan dan 13.8% permit bagi membina bangunan yang telah dikeluarkan sebelum ini dibatalkan.  Pengangguran stabil pada 6.6%  Pasaran komoditi bagi minyak mentah pula tambah memburukkan lagi keadaan “Loonie”, apabila harga minyak jatuh lagi ke serendah $47.13 Jumaat lalu.

Dengan ketiadaan sebarang data berimpak tinggi dari kedua-dua negara hari ini, pasaran dijangka dalam dagangan tipis dan “ranging”.  Para pedagang dilihat bakal menggunakan sebarang kejatuhan nilai USD|CAD sebagai satu peluang untuk menjual “loonie” dan membeli Dollar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat