USDCAD Analisa Fundamental Harian 12 Mei 2015

27

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-014

Dollar CAD berada dalam dagangan ‘ranging’ Isnin semalam, walaupun menutup lebih tinggi dari pembukaan.  Nilai tukaran USD|CAD yang memacu naik lebih 65 pips sepanjang sesi Asia, kemudiannya merudum lebih 75 pips pada pagi sesi dagangan Eropah, sebelum menutup pada sekitar paras 1.2100 pada lewat petang New York. Dollar AS gagal untuk memacu naik pada hari Jumaat lalu, berbanding sekumpulan mata wang utama, selepas laporan pekerjaan AS yang bercampur-campur mencetuskan ketidaktentuan masa kenaikan “interest rate”.

Data Jabatan Buruh AS menunjukkan senarai pekerjaan meningkat 223 ribu pada bulan lepas, manakala kadar pengangguran turun kepada hampir tujuh tahun terendah sebanyak 5.4%. Senarai pekerjaan pada Mac, bagaimanapun, telah disemak semula dengan hanya 85 ribu pekerjaan berbanding 128 ribu sebelumnya, iaitu yang paling rendah sejak Jun 2012.

Kanada pula hilang 19,700 pekerjaan pada bulan April – penurunan terbesar pada kerja-kerja sambilan dalam tempoh empat tahun. Ini adalah penurunan yang terburuk sejak Ogos walaupun kadar pengangguran kekal pada 6.8% bagi bulan ketiga, menurut Jabatan Statistik Kanada pada Jumaat lalu di Ottawa. Ahli ekonomi yang dibanci oleh Bloomberg News mengunjurkan hanya 5 ribu kehilangan pekerjaan dan kadar pengangguran meningkat kepada 6.9%.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat