USDCAD Analisa Fundamental Harian 12 Oct 2015

30

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-004

Dollar CAD terus merudum lebih 115 pips Jumaat lalu, untuk mencapai paras terendah harian sekitar 1.2900 sebelum menutup sekitar paras 1.2940; setelah minit mesyuarat FOMC menunjukkan bahawa Federal Reserve AS tidak tergesa-gesa untuk menaikkan kadar; sekaligus menurunkan dolar AS apabila emas serta minyak mentah bangkit semula. Ini memberikan kekuatan tambahan kepada dolar Kanada.

Kenaikan dalam harga minyak mentah, yang merupakan eksport utama Kanada, datang selepas peramal minyak terkenal meramalkan harga akan meningkat kepada $75 setong dalam tempoh dua tahun akan datang.  Pada masa yang sama, data pekerjaan Kanada melaporkan 12,100 pekerjaan telah bertambah berbanding 10,500 jangkaan dan 12 ribu pada bulan sebelumnya.  Namun, kadar pengangguran dilaporkan meningkat kepada 7.1% berbanding jangkaan 6.9% dan 7.0% pada bulan sebelumnya.

[adrotate group=”6″]

Para penganalisis berkata, loonie tidak mungkin memecahkan tahap pertengahan 1.29 dalam masa sehari dua ini, melainkan jika terdapat kejutan data dari Kanada dan harga minyak mentah meneruskan kenaikannya. Loonie juga dibantu oleh dolar AS yang lebih lemah, turun selepas minit mesyuarat FOMC Federal Reserve AS pada September lalu menekankan pandangan bahawa bank pusat AS itu tidak mungkin dapat menaikkan kadar pada tahun ini.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat