USDCAD Analisa Fundamental Harian 14 Dis 2015

39

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-020

Dollar CAD terus memacu naik lebih 130 pips Jumaat lalu, untuk ke paras tertinggi tahunan yang baru sekitar 1.3755 sebelum menutup sekitar paras 1.3750; setelah emas dan minyak terus merudum dan memberati sepenuhnya mata wang pengekspot komoditi. Pada masa yang sama, indeks saham utama di Kanada, Toronto komposit, merudum lebih 226 mata (lebih -1.74%) untuk ke paras terendah dalam tempoh dua tahun, sekitar 12,771.15 mata, setelah pelabur Amerika terus menjual pegangan ekuiti mereka menjelang mesyuarat kenaikan kadar minggu ini.

Amerika Syarikat yang merupakan rakan dagang terbesar Kanada selain Euro-Zone dan China, mempunyai ramai pelabur dan pengurus dana yang mempunyai pegangan ekuiti di pelbagai pasaran antarabangsa.  Kadar pinjaman yang rendah sepanjang hampir 10 tahun yang lalu, telah membolehkan ramai pelabur AS menggunakan dana pinjaman bagi membuat pelaburan terutamanya dalam pasaran ekuiti negara maju dan membangun.

[adrotate group=”6″]

Indeks S&P500 di AS contohnya telah memacu naik dari sekitar 666.80 mata pada awal Mac 2009 kepada sekitar 2,116.50 mata pada awal Disember lalu.  Kenaikan ini secara umumnya telah dipacu oleh dana pinjaman yang mudah diperolehi dengan kadar yang terendah dalam sejarah.  Kenaikan kadar AS pada minggu ini, dilihat akan memberi kesan kepada pasaran ekuiti global terutamanya AS dan Kanada yang bakal menghadapi zaman kegelapan dalam situasi kadar yang bakal meningkat, walaupun secara beransur-ansur.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat