USDCAD Analisa Fundamental Harian 17 Sep 2015

29

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-004

Dollar CAD jatuh lebih 95 pips Rabu semalam, untuk mencapai paras terendah harian sekitar 1.3160 sebelum menutup sekitar paras 1.3170; setelah harga minyak mentah naik bersama-sama dengan emas yang memberi kesan kepada dolar Kanada, walaupun dolar AS berdagang dalam kenaikan sebelum mesyuarat FOMC bermula.

Dolar Amerika diperbetulkan kepada lebih rendah semalam, selepas mengalami kenaikan harian yang terbesar dalam masa 2 minggu.  Ini sebahagiannya adalah disebabkan oleh pulangan perbendaharaan AS yang melonjak menjelang mesyuarat FOMC yang berlangsung, dengan jangkaan pasaran yang mencerminkan peluang sebenar untuk kenaikan kadar masih ada.

Loonie telah terperangkap dalam dagangan ‘sideway’ mejelang mesyuarat FOMC minggu ini. Para pelabur masih dalam mood tidak menentu mengenai hasil mesyuarat untuk penetapan kadar pada September itu. Menurut FedWatch CME, kebarangkalian kenaikan kadar pada minggu ini ialah 25%. Loonie terumbang-ambing minggu ini, terkesan dari data ekonomi yang sedikit daripada Kanada sehingga data inflasi pada Jumaat ini.

Bank Kanada mengekalkan kadar selepas dua pemotongan kadar yang proaktif pada awal tahun ini yang telah menyebabkan eksport meningkat, terima kasih kepada mata wang yang lemah. Keraguan terhadap Feds telah memberikan pasaran satu ruang untuk membuat spekulasi mengenai satu lagi pemotongan kadar dari BoC jika bank pusat Amerika Syarikat itu berdiam diri.

Dapatkan Pakej Lengkap Mudahnya Belajar Forex yang dihasilkan oleh MoshedFX. Pakej Lengkap merupakan Ebook, Video, dan Support dari MoshedFX untuk mula menjana keuntungan melalui Forex Trading – Klik Sini untuk lihat Testimoni yang sudah berjaya !

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat