USDCAD Analisa Fundamental Harian 2 Mac 2016

26

Dollar CAD terus merudum lebih 160 pips Selasa semalam, untuk ke paras terendah harian sekitar C$1.3385 sebelum menutup sekitar paras C$1.3410; setelah data pembuatan China yang membimbangkan seolah-olah tidak memberi kesan dalam pasaran dan PBoC mengurangkan rizab simpanan mereka. Harga minyak menjadi fokus utama apabila trader menunggu mesyuarat OPEC pada bulan ini, yang masih belum dijadualkan.

Di pasaran Kanada, Loonie mendapat permintaan apabila Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) Kanada dilaporkan lebih baik dari jangkaan, pada 0.2% berbanding 0.1%, walaupun angka tersebut lebih rendah daripada laporan sebelumnya, sebanyak 0.3%.  Pertumbuhan yang tidak disangka itu datang dari sektor pembuatan dan jualan borong, walaupun sektor perlombongan dan cari gali minyak dan gas masih menunjukkan kejatuhan.

[adrotate group=”6″]

Sejak awal tahun ini, Dollar Kanada menikmati kenaikan nilai yang sangat baik, lebih 1,200 pips berbanding rakan sejawatnya Dollar Amerika. Harga minyak yang kembali pulih, telah menjadi berita baik untuk Kanada, pengeluar minyak kelima terbesar dunia. Ini telah membantu sokongan belian untuk Loonie, yang telah terjejas teruk selepas kejatuhan harga minyak yang bermula pada September 2015.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat