USDCAD Analisa Fundamental Harian 21 Aug 2015

39

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-010

Dollar CAD berada dalam dagangan ‘sideway’ Khamis semalam, dengan pergerakan sekitar 115 pips dari paras tertinggi harian sekitar 1.3175 ke serendah 1.3060; setelah para pedagang mula mengatur semula strategi pasca minit mesyuarat FOMC. Colin Cieszynski, ketua strategi Pasaran di CMC Markets Kanada, berkata aktiviti dalam pasaran mula berkurang kerana cuaca di luar panas. “Secara umum kita sedang masuk ke dalam belenggu musim panas dalam pasaran,” katanya.

Terdahulu daripada itu, pasaran Shanghai di China jatuh lebih daripada 6% dan Hong Kong Hang Seng jatuh 1.43%, sekali lagi meningkatkan kebimbangan mengenai kekuatan ekonomi kedua terbesar di dunia. Jualan besar-besaran diikuti usaha Beijing untuk menstabilkan pasaran, termasuk pembelian saham oleh syarikat-syarikat milik kerajaan dan larangan menjual bagi pemegang saham utama tertentu.

Dolar Kanada yang murah menyaksikan hampir dua juta rakyat Amerika memulakan perjalanan ke Kanada pada bulan Jun, paras tertinggi sejak keperluan pasport berkuatkuasa tujuh tahun lalu. Statistik Kanada melaporkan bahawa penduduk AS membuat 1.9 juta lawatan ke Kanada pada bulan Jun, kenaikan sebanyak 3.3% berbanding Mei.

Dapatkan Pakej Lengkap Mudahnya Belajar Forex yang dihasilkan oleh MoshedFX. Pakej Lengkap merupakan Ebook, Video, dan Support dari MoshedFX untuk mula menjana keuntungan melalui Forex Trading – Klik Sini untuk lihat Testimoni yang sudah berjaya !

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat