USDCAD Analisa Fundamental Harian 22 Dec 2014

43

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-012Dollar CAD menutup minggu lepas dengan suasana dagangan yang tidak menentu, lantaran harga minyak mentah yang mula menstabil, walaupun dibawah $60 setong.  Data “consumer price index” Kanada yang jauh meleset dari jangkaan juga, 2.1% berbanding 2.4%, tidak mendorong para pedagang menambah pegangan dalam “loonie”.  Dollar CAD ditutup sekitar 1.1600 pada Jumaat lepas.

Rabu lalu, “loonie” mula mendapat perhatian para pelabur apabila Pengurusan Maklumat Tenaga Amerika Syarikat melaporkan bekalan minyak mentah yang mengurang sebanyak 850,000 tong; lantas melonjakkan harga minyak ke paras tertinggi minggu lalu sekitar $59 setong.  Kanada yang merupakan pengeluar minyak ke-14 terbesar dunia, telah menyaksikan matawangnya susut nilai lebih 1,000 mata berbanding Dollar, sejak kejatuhan harga minyak Jun lalu.

Hari ini, dengan ketiadaan sebarang data ekonomi dari Kanada, pasaran dijangka mula memberi tumpuan pada laporan GDP Kanada Selasa esok yang dijangka menguncup kepada 0.1% dari 0.4% pada bulan lepas.  Ini dilihat bakal memacu Dollar semula seandainya “existing home sales” Amerika Syarikat keluar lebih baik dari jangkaan.

Anda sedang trade guna akaun demo biasa? Apa kata anda join Demo Contest dari One Financial Markets. Anda bakal memenangi sebuah Akaun Forex Real yang tidak MC, untung boleh withdraw – Info lanjut klik sini

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat