USDCAD Analisa Fundamental Harian 23 Jul 2015

28

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-018

Dollar CAD kembali memacu naik lebih 110 pips Rabu semalam, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 1.3050 sebelum menutup sekitar paras 1.3030; selepas Dollar AS terus mendapat permintaan berbanding Dollar Kanada ekoran penurunan berterusan dalam emas dan minyak yang memberati mata wang komoditi itu. Loonie yang susut pagi ini apabila spekulasi pasaran tersebar bahawa ekonomi Kanada mungkin telah memasuki kemelesetan.

Loonie menurun 2.4% berbanding Dollar AS minggu lalu selepas bank pusat Kanada menurunkan “interest rate” kepada 0.5%. Penurunan tersebut bertujuan menyediakan ransangan untuk ekonomi yang nampaknya disebut-sebut sedang masuk ke dalam kemelesetan sederhana.  Pakar ekonomi kanan di Bank of Montreal, berkata “data yang lebih lemah” dijangka dalam bidang ekonomi untuk beberapa minggu akan datang, yang mungkin akan terus melemahkan loonie.

Minggu lepas, Bank of Canada mengurangkan kadar semalaman sebanyak -25bps kepada + 0.5%. Profil pertumbuhan ekonomi Kanada yang lebih rendah, setengan tahun yang mengecewakan, mewajarkan tindakan positif BoC ini. Dalam laporan dasar kewangan suku tahunan, BoC meramalkan bahawa Kanada akan memasuki kemelesetan pada suku kedua. Gabenor Poloz kini melihat pertumbuhan suku kedua menguncup 0.5%, turun dengan ketara daripada pertumbuhan + 1.8% yang dijangkakan sebelum ini.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat