USDCAD Analisa Fundamental Harian 23 Oct 2015

44

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-014

Dollar CAD susut lebih 70 pips Khamis semalam, untuk mencapai paras terendah harian sekitar 1.3085 sebelum menutup sekitar paras 1.3090; setelah harga minyak dan emas yang tidak menentu, memberikan kesan yang serius pada mata wang komoditi itu.

Sebelum daripada itu, Dolar Kanada jatuh ke paras terendah dalam tempoh tiga bulan, selepas Bank Pusat Kanada mengekalkan kadar disamping menurunkan ramalan pertumbuhan ekonomi, sambil berkata bahawa kesan daripada harga minyak mentah yang lebih rendah, satu daripada eksport terbesar Kanada, akan dirasai untuk lebih lama daripada yang dijangkakan.

[adrotate group=”6″]

Penurunan harga minyak mentah kepada kira-kira $50 setong, akan mengurangkan tiga suku daripada 1% daripada kadar pertumbuhan Kanada pada tahun ini, menjadikannya pada 1.1%, kata Bank of Canada. Ia bagaimanapun menambah bahawa pemulihan telah pun bermula dengan eksport bukan komoditi; setelah dirangsang oleh pemotongan kadar pada bulan Januari dan bulan Julai lalu disamping matawang Kanada yang lebih lemah.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat