USDCAD Analisa Fundamental Harian 26 Dec 2014

48

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-016Dollar CAD membuka pasaran hari ini, sekitar 1.1630, selepas bercuti sempena hari Krismas Khamis semalam.  Dollar semakin mendapat permintaan lantaran laporan GDP dan “initial jobless claims” yang dilaporkan lebih baik dari jangkaan, lantas menguatkan spekulasi pasaran terhadap kenaikan “interest rate” AS yang telah berada pada paras terendah dalam sejarah sejak December 2008.

“Loonie” yang telah berada pada paras yang terendah dalam masa 5 tahun, gara-gara kejatuhan harga minyak sepanjang 6 bulan lepas, semakin hilang tarikan untuk dipegang oleh para pelabur dan pedagang, selepas OPEC enggan mengurangkan pengeluaran minyak harian.

Arab Saudi yang mengetuai OPEC dalam satu kenyataan Selasa lalu, mengatakan bahawa pengeluaran tidak akan dikurangkan walaupun harga minyak jatuh sehingga $20 setong.  Menurut Ali Al-Naimi, Menteri Minyak Arab Saudi, ianya adalah tidak adil bagi ahli OPEC untuk mengurangkan pengeluaran, sedangkan bukan ahli terus mengeluarkan dan mendapat jualan yang lebih, hasil pengurangan dari negara ahli.  OPEC dianggotai 12 buah negara dan Kanada bukanlah negara anggota.

Hari ini, dengan pasaran yang masih dalam mood Krismas dan tahun baru yang mendatang; Dollar CAD dijangka dalam dagangan tipis dan “ranging”.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat