USDCAD Analisa Fundamental Harian 26 Feb 2015

25

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-007

Dollar CAD yang telah memasuki fasa ‘downtrend’ sejak 3 Februari lalu, kini membentuk ‘triple top chart pattern’ di carta harian dan sedang berdepan dengan ‘support’ di pivot bulanan sekitar 1.2380  Sekiranya kadar tukaran USD|CAD menutup dibawah pivot bulanan ini di carta harian, berkemungkinan besar para pelabur dan pengurus dana sedang menjangka pertambahan permintaan untuk ‘loonie’ ekoran kejatuhan harga minyak mentah.

Carta harian minyak mentah telah pun membentuk ‘bullish engulfing candle’ Rabu semalam selepas bertahan di 50% fibonacci retracement dan menutup sekitar $51.04 setong.  Pivot bulanan $48.35 dijangka mendapat sokongan belian, sekaligus menyokong belian untuk “loonie”.  Walau bagaimanapun spekulasi pasaran semakin meluas mengatakan Bank of Canada bakal menurunkan lagi “interest rate”.

Hari ini Kanada bakal melaporkan CPI tahunan yang dijangka jatuh dari 1.5% kepada 0.7% dan Amerika Syarikat pula bakal melaporkan CPI tahunan yang dijangka menyusut dibawah sifar berbanding 0.8% sebelumnya, “unemployment claims” yang dijangka meningkat dari 283 ribu kepada 288 ribu pemohon, dan “durable goods orders” yang dijangka meningkat dari -3.4% kepada 1.9%  Keadaan ini dilihat memihak kepada Dollar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat