USDCAD Analisa Fundamental Harian 27 Mar 2015

48

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-014

Dollar CAD yang awalnya merudum lebih 110 pips, sepanjang sesi Asia dan pagi Eropah Khamis semalam; kembali mendapat sokongan belian, sekitar 1.2410, pada sesi pagi New York, selepas data “unemployment claims” Amerika Syarikat dilaporkan lebih baik dari jangkaan.  Pasaran kemudian menutup pada sekitar 1.2480, sekaligus mengekalkan kadar tukaran USD|CAD dibawah pivot bulanan – sekitar 1.2540

Di Amerika Syarikat semalam, pemohon bantuan pengangguran atau “unemployment claims” dilaporkan mengurang sebanyak 9 ribu kepada 282 ribu, berbanding 290 ribu jangkaan dan 291 ribu pada sebelumnya.  Pada masa yang sama “purchasing managers index” juga dilaporkan lebih baik pada 58.5 berbanding 57 jangkaan dan 57.2 pada sebelumnya.

Di pasaran komoditi pula, minyak mentah melonjak lebih $3.50 setong, untuk mencapai paras tertinggi sekitar $52.45 setong, sebelum menutup di atas pivot bulanan – sekitar $50.05 setong.  Minyak mentah yang menjadi antara eksport utama Kanada, banyak mempengaruhi nilai “loonie”, walaupun Kanada bukanlah anggota OPEC.

Hari ini, dengan ketiadaan sebarang laporan dari Kanada, Dollar dilihat berpotensi terus menguasai pasaran, terutamanya jika GDP Amerika Syarikat dilaporkan lebih baik dari jangkaan 2.4%

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat