USDCAD Analisa Fundamental Harian 28 Jul 2015

48

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-014

Dollar CAD berada dalam dagangan ‘sideway’ Isnin semalam, dengan pergerakan sekitar 75 pips dari paras tertinggi harian sekitar 1.3055 ke serendah 1.2980; selepas kelemahan Dollar sedikit sebanyak membantutkan pacuan ke atas.  Loonie disokong oleh harga emas yang kembali kuat tetapi kelemahan dalam minyak dan komoditi lain telah memberati mata wang komoditi itu.

Di pasaran komoditi, minyak mentah terus merudum untuk minggu kelima dengan kejatuhan harga ke sekitar paras $46.90 setong, yang merupakan paras terendah dalam masa tiga bulan.  Pada masa yang sama, pasaran akan menyaksikan mesyuarat Feds pada 28-29 Julai ini, untuk melihat apakah dasar menyediakan petunjuk untuk masa kenaikan “interest rate”.

Selain daripada Feds, tumpuan kekal pada kejatuhan harga komoditi dan kesan mereka ke atas mata wang. Kesan lebih jelas dari harga komoditi yang lebih rendah, telah dirasai oleh mata wang negara pengeksport seperti Kanada, Australia dan Norway. Tetapi mata wang negara pengimport seperti Jepun juga dijangka akan merasai kesannya, menurut para penganalisis.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat