Dollar CAD berada dalam dagangan ‘sideway’ dengan pergerakan sekitar 55 pips Jumaat lalu dari paras tertinggi harian sekitar 1.3355 ke serendah sekitar 1.3295, sebelum menutup sekitar paras 1.3330; setelah harga emas dan minyak mentah masih lemah untuk membantu sokongan belian untuk ‘loonie’.
Dolar Kanada berada di tengah-tengah kejatuhan yang paling buruk dalam tempoh lebih dua tahun, apabila pertumbuhan ekonomi global nampaknya sudah bersedia untuk menggagalkan rancangan pemulihan eksport negara jiran AS itu. Dolar Kanada menjunam ke paras 11 tahun terendah selepas Norway, satu lagi negara pengeksport minyak yang besar, tanpa diduga mengurangkan kadar dan berkata ia mungkin melonggarkan dasar kewangannya dengan lebih jauh lagi.
[adrotate group=”6″]
Tanda-tanda pertumbuhan ekonomi di China, pengguna komoditi terbesar di dunia, yang perlahan telah menghantar harga segala komoditi, daripada minyak ke tembaga, menjunam dan mendorong spekulasi bahawa permintaan tidak akan cepat pulih. “Semua komoditi industri, bukan sahaja minyak, berada di paras terendah tahunan,” menurut Greg Anderson, ketua global strategi pertukaran asing di Bank of Montreal. “Kebimbangan adalah terhadap permintaan daripada Asia yang bukan sahaja lemah sekarang, tetapi ia akan kekal lemah.” tambah beliau lagi.