USDCAD Analisa Fundamental Harian 3 Dis 2015

22

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-004

Dollar CAD yang memacu naik lebih 50 pips sepanjang sesi Asia dan pagi Eropah Rabu semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar 1.3405, menjunam lebih 95 pips pada sesi pagi New York untuk ke paras terendah sekitar 1.3305, sebelum menutup sekitar paras 1.3340; setelah Bank of Canada mengekalkan kadar pada 0.5%, seperti jangkaan pasaran; sehari selepas data menunjukkan bahawa Kanada telah keluar dari kemelesetan ekonomi pada suku ketiga.

Pada masa yang sama, Bank of Canada berkata prospek ekonomi masih selari dengan laporan dasar kewangan pada Oktober lalu, yang menekankan peralihan “kompleks” dari sektor sumber bahan mentah yang berkembang pesat suatu ketika dahulu.  “Ekonomi Kanada akan terus menjalani pelarasan yang kompleks dan panjang, kesan daripada kejatuhan perdagangan Kanada,” menurut Bank of Kanada dalam kenyataan semalam.

[adrotate group=”6″]

Dalam pada itu Bank of Kanada menambah bahawa inflasi masih hampir dengan bahagian bawah julat sasaran, disebabkan oleh penurunan dalam harga tenaga pengguna. Inflasi teras berada berhampiran dengan 2%, terkesan daripada nilai matawang yang lebih rendah dan jurang pengeluaran terus mengimbangi antara satu sama lain. Bank Pusat Kanada telah menurunkan kadar sebanyak dua kali pada tahun ini, untuk mengimbangi kesan kejatuhan harga minyak ke atas ekonomi Kanada.

Hari ini Amerika Syarikat bakal melaporkan tuntutan pengangguran yang dijangka meningkat dari 260 ribu kepada 269 ribu, disamping ISM PMI perkhidmatan yang dijangka menurun dari 59.1 kepada 58.1, serta pesanan perkilangan yang dijangka meningkat dari -1.0% kepada 1.2%. Pada masa yang sama, Pengerusi Feds Janet Yellen bakal memberi testimoni kepada kongres Amerika tentang keadaan ekonomi semasa kuasa ekonomi terbesar dunia itu.  Tiada sebarang berita ekonomi dari Kanada hari ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat