USDCAD Analisa Fundamental Harian 4 Dec 2014

31

berita wall street

Dollar CAD menyusut lebih 50 mata semalam Rabu dengan US Dollar yang masih mendapat permintaan walaupun kenaikan minimal harga minyak dan emas sedikit sebanyak menyokong CAD.  Dagangan bertukar sekitar 1.1350 pada sesi penutupan Eropah semalam Rabu selepas CAD jatuh teruk sebelum itu disebabkan kejatuhan harga minyak mentah dipasaran hadapan dengan kontrak Januari 2015 jatuh $2.12 ditutup pada $66.88 setong di Bursa Saudagar New York.

Harga minyak telah jatuh lebih kurang 35% dari paras tertinggi musim panas disebakan US Dollar yang semakin menguat dan kekurangan permintaan beserta lebihan pengeluaran di pasaran global.  Jongkong emas juga menyusut $18.70 utk ditutup pada $1,199.40 untuk kontrak Februari 2015, bersama tembaga turun 6.5 sen kepada $2.89 sepound.

Dengan kadar faedah yang dikekalkan pada 1% semalam Rabu boleh megubah arah permintaan terhadap CAD walaupun ini bergantung juga kepada data pekerjaan Amerika Syarikat seperti “Non Farm Payroll” (NFP) yang akan dikeluarkan esok Jumaat.

 

Anda mempunyai Instagram ? Follow saya @MoshedFX  😀

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat