USDCAD Analisa Fundamental Harian 9 Jun 2015

44

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-019

Dollar CAD terus merudum lebih 85 pips Isnin semalam, dari paras tertinggi harian sekitar 1.2470 ke serendah sekitar 1.2380 sebelum menutup sekitar paras 1.2405; selepas “loonie” terus mendapat permintaan berbanding Dollar Amerika, terkesan dari data pekerjaan Kanada yang jauh lebih baik dari Amerika; sekaligus mengukuhkan pandangan Gabenor Bank of Canada Stephen Poloz, bahawa ekonomi Kanada akan pulih daripada kejatuhan harga minyak.

Di pasaran komoditi, harga minyak mentah susut $1.20 setong untuk menutup sekitar $58.20 setong Isnin semalam.  Minyak mentah diniagakan sekitar $58.35 setong ketika artikel ini ditulis.  Minyak mentak yang merupakan antara eksport terbesar Kanada, banyak mempengaruhi permintaan untuk “loonie”, walaupun Kanada bukanlah anggota OPEC.  OPEC dalam forum antarabangsa baru-baru ini, tegas untuk mengekalkan pengeluaran bagi mengekalkan pegangan pasaran.

Malam nanti Amerika Syarikat bakal melaporkan peluang pekerjaan dalam pasaran buruh yang dijangka menokok kepada 5.03 juta daripada 4.99 juta sebelum ini.  Jumaat lalu, kadar pengangguran AS dilaporkan meningkat 0.1% kepada 5.5% walaupun data NFP melebihi 20% dari pada jangkaan.  Tiada laporan ekonomi berimpak tinggi dari Kanada hari ini.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat