USDJPY Analisa Fundamental Harian 10 Mar 2015

52

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-009

Dollar Yen memacu naik lebih 75 pips Isnin semalam untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 121.41; selepas pasaran tiada banyak memberi reaksi kepada GDP Jepun yang tidak begitu memberansangkan dan “current account” yang semakin buruk.  Ketika artikel ini ditulis, nilai tukaran USD|JPY berada di atas pivot harian, mingguan dan juga bulanan.

Pasaran Amerika Syarikat masih dibayangi kenyataan presiden Federal Reserve, Janet Yellen kepada congress baru-baru ini, yang menidakkan perlunya tergesa-gesa mahu menaikkan “interest rate”.  Menurut beliau 2 faktor utama perlu diambil kira iaitu inflasi dan gaji pekerja.  “Average hourly earnings” yang dilaporkan pada 0.1% Jumaat lalu, berbanding 0.2% jangkaan dan 0.5% pada sebelumnya sedikit merisaukan.  Inflasi AS yang bakal dilaporkan pada 24hb March ini pasti mendapat perhatian penuh dari pembeli-pembeli Dollar.

Pasaran Jepun pula masih menanti kata putus sama ada “Abenomics” versi 2.0 akan diteruskan, ekoran terdapatnya bangkangan dari segelintir pegawai-pegawai BoJ.  Mereka mahu ianya ditangguhkan dan fokus diberi pula kepada pembaharuan fiskal.  Dengan ketiadaan data berimpak tinggi dari kedua-dua negara hari ini; pasaran dijangka ‘ranging’, melainkan terdapat sebarang kejutan pasaran.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat