USDJPY Analisa Fundamental Harian 21 Dis 2015

38

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-014

Dollar Yen yang melonjak lebih 120 pips pada awal sesi Asia Jumaat lalu, untuk ke paras tertinggi harian sekitar ¥123.55, kembali merudum lebih 245 pips untuk ke paras terendah harian sekitar ¥121.05 sebelum menutup sekitar paras ¥121.25; selepas Bank of Japan merombak program pembelian aset bulanannya, dengan menunjukkan kepada pasaran bahawa BoJ tidak boleh melonggarkan dasar sebanyak seperti yang diharapkan.

BoJ menubuhkan program untuk membeli dana dagangan bursa, melanjutkan kematangan bon miliknya kepada kira-kira 12 tahun dan meningkatkan pembelian aset berisiko. Langkah itu menyakiti kadar tukaran USD/JPY, kerana trader melihat ianya sebagai petunjuk bahawa BoJ mungkin kurang cenderung untuk melonggarkan dasar monetari dengan lebih banyak. Dollar telah maju berbanding Yen selama hampir 4 tahun, terkesan dari sentimen kenaikan kadar AS.

[adrotate group=”6″]

Apabila Feds menaikkan kadar minggu lepas, pasaran menjangkakan Bank of Japan akan terus melonggarkan dasar monetarinya dan menyokong Dollar AS kerana ia akan memacu aliran pelaburan lebih ke dalam pasaran ekuiti Jepun; lantaran kadar tukaran USD/JPY yang tinggi. Indeks Nikkei yang melonjak ke paras tertinggi harian sekitar 19,869 mata Jumaat lalu, merudum semula untuk menutup sekitar 18,986 mata yang lebih rendah dari pembukaan sekitar 19,320 mata; selepas kejutan dari BoJ itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat