USDJPY Analisa Fundamental Harian 21 Jul 2015

58

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-020

Dollar Yen terus memacu naik lebih 30 pips Isnin semalam, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 124.35 sebelum menutup sekitar paras 124.25; setelah pasaran berada dalam dagangan stabil dan senyap ekoran pasaran Jepun yang bercuti.  Dollar AS terus mendapat permintaan yang luas di Asia pada hari Isnin, apabila para pelabur memandang ke hadapan untuk “interest rate” yang lebih tinggi daripada Federal Reserve; manakala emas mencecah paras terendah dalam lima tahun apabila kekurangan inflasi global menyebabkan ianya tidak mendapat sambutan.

Indeks utama Australia kembali lebih lemah, manakala indeks luas MSCI saham Asia Pasifik di luar Jepun susut 0.1%. Bank-bank Greece ditetapkan untuk dibuka semula pada hari Isnin selepas penutupan selama tiga minggu, manakala Canselor Jerman Angela Merkel dipanggil untuk mengadakan perbincangan bantuan pantas supaya Athens boleh meningkatkan had pengeluaran.

Dollar AS kelihatan tersasar dari prestasi terbaik mingguannya dalam kira-kira dua bulan, selepas Pengerusi Feds Janet Yellen mengulangi bahawa kadar faedah AS akan mungkin dinaikkan lewat tahun ini. Dollar mendapat sokongan daripada data pada hari Jumaat yang menunjukkan harga pengguna AS meningkat untuk bulan kelima berturut-turut pada bulan Jun, manakala perumahan mula meningkat dan permit bangunan melonjak kepada paras tertinggi dalam masa lapan tahun.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat