USDJPY Analisa Fundamental Harian 25 Feb 2016

37

Dollar Yen berada dalam dagangan bercampur-campur Rabu semalam, turun naik dari paras tertinggi harian sekitar ¥112.25 ke serendah ¥111.05, sebelum menutup sekitar paras ¥112.15; setelah Yen merekodkan sedikit peningkatan semasa sesi Asia apabila pelabur beralih kepada aset ‘safe-haven’ sekali lagi, selepas pasaran saham dan komoditi kembali lemah.

Di pasaran Jepun, indeks harga perkhidmatan korporat meningkat hanya 0.2%, berbanding jangkaan ahli ekonomi untuk kenaikan sebanyak 0.3%. Trader juga memberikan reaksi kepada komen Gabenor Bank of Japan, Haruhiko Kuroda yang berikrar untuk mengambil tindakan lanjut jika pasaran mengancam usaha Jepun dalam mengatasi masalah deflasi.

[adrotate group=”6″]

Bercakap di Parlimen, Kuroda berkata, “Kami akan terus memerhati dengan teliti keadaan pasaran kewangan untuk menentukan sama ada ia boleh memberi kesan kepada trend ekonomi dan inflasi Jepun. Jika BoJ menilai ianya mempunyai kesan buruk, kami tidak akan teragak-agak untuk mempertimbangkan langkah-langkah tindakan. “

Walaupun komen Kuroda adalah penting, trader tidak memberikan tindak balas, dan sebaliknya memberi tumpuan kepada pergerakan dalam pasaran ekuiti global dan minyak mentah. Kuroda menambah bahawa “penghindaran risiko yang berlebihan oleh pelabur telah menyebabkan pasaran saham utama dan Dollar yang lemah, sejak BoJ menerima pakai kadar negatif.”

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat