USDJPY susut hampir 40 pips selepas pengumuman data inflasi dan perbelanjaan isi rumah menunjukkan peningkatan yang ketara. Yen meningkat selepas pengeluaran data yang menunjukkan program rangsangan BoJ besar-besaran bersama-sama program Abenomics mula menghidupkan kembali ekonomi sekitar. Harga pengguna Jepun meningkat pada bulan Mei, tindak balas daripada ketua bank pusat iaitu Haruhiko Kuroda yang cuba menjana inflasi dengan rangsangan monetari sebelum ini.
Harga pengguna tidak termasuk makanan segar meningkat 0.1 peratus pada tahun sebelumnya, kata biro statistik pada hari ini. Ia berbeza berbanding ramalan ahli ekonomi yang menjangkakan tiada perubahan dalam inflasi. Pengangguran kekal pada 3.3 peratus manakala perbelanjaan isi rumah meningkat buat pertama kali dalam lebih setahun.
Perkembangan yang dijangka perlahan pada suku tahun ini dijangkakan oleh Encik Kuroda bakal naik kemudian pada tahun-tahun mendatang kerana terkesan daripada harga minyak yang jatuh. Hanya 2 dariapda 32 ekonomis yang melihat BoJ bakal capai sasaran 2 peratus inflasi yang disasarkan sebelum bulan September tahun depan, dimana yang lain mensasarkan BoJ akan membuat lebih banyak program rangsangan.
BoJ menahan daripada meningkatkan rangsangan minggu lepas kerana Encik Kuroda yakin yang harga pengguna masih dalam trend meningkat. Jangkaan bahawa inflasi akan meningkat telah dikekalkan walaupun beberapa ahli lembaga pengarah BoJ risau tentang bacaan data yang agak kurang memberangsangkan.
Harga mingya telah menurun sebanyak lebih 40 peratus daripada tahap tertinggi tahun lepas pada bulan Jun. Sumber tenaga yang murah ini boleh membantu penurunan harga pengguna sebanyak 0.2 peratus sebelum inflasi dapat naik semula.
Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni