USDJPY Analisa Fundamental Harian 28 Jul 2015

47

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-014

Dollar Yen jatuh lebih 80 pips Isnin semalam, untuk mencapai paras terendah harian sekitar 123.00 sebelum menutup sekitar paras 123.25; selepas Yen mendapat permintaan ekoran spekulasi pasaran tentang peningkatan tahap risiko kewangan global.  Pesanan barangan tahan lama AS yang lebih baik dari jangkaan, tidak banyak membantu sokongan belian untuk Dollar.

Dollar menghadapi kesusahan yang sama berbanding Yen, dimana ia telah melonjak ke paras tertinggi dalam masa enam minggu sekitar 124.48 pada awal minggu lalu, hanya untuk jatuh semula kemudiannya.  Kali terakhir ialah ia turun 0.2% pada 123.56 selepas berada berhampiran paras dua minggu terendah, sekitar 123.49. Marc Chandler, ketua global strategi mata wang di Brown Brothers Harriman, mengira Dollar juga kelihatan lemah berbanding Yen berikutan sikap hati-hati pasaran terhadap amaran lisan oleh pegawai-pegawai BoJ terhadap susut nilai yen.

Pada masa yang sama, pasaran akan menyaksikan mesyuarat Feds 28-29 Julai ini, untuk melihat apakah dasar menyediakan petunjuk untuk masa kenaikan “interest rate”. Jangkaan yang semakin meningkat terhadap bank pusat AS yang boleh mula menaikkan “interest rate” seawal September, telah menjadi faktor utama di sebalik kenaikan Dollar sejak beberapa bulan lepas.

Hari ini Amerika Syarikat bakal melaporkan data “consumer confidence” yang dijangka susut dari  101.4 kepada 100.1 dan tiada sebarang laporan berimpak tinggi dari Jepun.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat