USDJPY Analisa Fundamental Harian 3 Mei 2016

32

Dollar Yen berada dalam dagangan ‘sideway’ Isnin semalam, dengan pergerakan sekitar pips dari paras tertinggi harian sekitar ¥106.81 ke serendah ¥106.13, sebelum menutup sekitar paras ¥106.41; setelah pasaran mengenepikan laporan ekonomi China yang kurang memberansangkan.  Pada masa yang sama, pasaran terus memantau komen dari Bank of Japan terhadap kenaikan nilai Yen.

Indeks Bloomberg Dollar jatuh 2%, paling teruk dalam masa setahun, selepas melantun dari paras terendah sejak Mei 2015.  Pengurus dana dan spekulator dilihat menambah jualan Dollar selepas berubah pasaran berubah arah minggu lepas, pasca mesyuarat FOMC yang menyaksikan Feds mengekalkan kadar semasa.  Dalam pada itu Menteri Kewangan Jepun, Encik Taro Aso menyatakan kebimbangan terhadap kenaikan nilai Yen, sambil mengatakan bahawa pergerakan tersebut bersifat spekulatif.

Sebelum daripada itu ketika sesi New York, spekulasi kenaikan nilai Yen terus memenuhi pasaran selepas Bank of Japan membuat keputusan untuk mengekalkan dasar monetari sedia ada.  Keputusan yang mengecewakan pasaran itu, setelah menjangkakan BoJ akan menambah ransangan, menyebabkan kenaikan nilai tukaran USD/JPY sebelumnya, merudum lebih 550 pips dalam masa 2 hari.

The Strait Times melaporkan bahawa setelah menerima pakai kadar negatif ke atas rizab berlebihan untuk menghukum institusi kewangan yang membiarkan wang, Bank of Japan (BoJ) boleh mempertimbangkan untuk membantu mereka memberi pinjaman dengan menawarkan kadar negatif kepada beberapa pinjaman. Perbincangan seperti ini boleh berlaku bersama-sama dengan keputusan untuk membuat pemotongan yang lebih dalam kepada kadar negatif semasa, menurut sumber, yang tidak mahu namanya disiarkan.

Kemudahan Merangsang Pinjaman Bank BoJ, yang kini menawarkan pinjaman pada kadar sifar peratus, akan menjadi senjata yang paling mungkin untuk menjana kembali ekonomi Jepun. Menambah strategi ini kepada senjata bank pusat boleh memberi kesan positif kepada ekonomi, tetapi juga akan menimbulkan persoalan tentang memberi subsidi kepada pemberi pinjaman komersil.  Tiada sebarang laporan berimpak tinggi dari Jepun mahupun AS hari ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat