USDJPY Analisa Fundamental Harian 9 Dec 2014

40

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-003Dollar Yen didagangkan setinggi 121.85 seawal sesi Asia pada Isnin sebelum menyusut dengan pengambilan untung sehingga ke paras 121.00 pada sesi pembukaan New York.  Data GDP Jepun yang dikeluarkan,-0.5%, meleset dari jangkaan, -0.1%, walaubagaimanapun lebih baik dari bulan lepas, -1.9%. Pada masa yang sama, data perbelanjaan awam dan perniagaan yang juga meleset dari jangkaan mengesahkan bahwa kuasa ekonomi ketiga terbesar dunia ini sedang berdepan dengan penguncupan ekonomi.

Permintaan terhadap Yen distabilkan dengan lebihan dagangan yang lebih baik dari jangkaan, 833.4 billion Yen berbanding 366.3 billion Yen, dan juga pengembangan kredit yang meningkat sebanyak 0.3% kepada 2.7% berbanding Disember tahun lepas.  Jepun yang bakal berdepan dengan pilihanraya umum 14 Disember ini, akan menyaksikan Perdana Menteri Shinzo Abe meletakkan jawatan sekiranya Parti Liberal Demokratiknya gagal menang dengan majoriti.

Hari ini, dengan ketiadaan data berimpak tinggi untuk Jepun dan Amerika Syarikat, data “machine tool orders” dan “BSI Large Manufacturing” dari Jepun berbanding “wholesale inventories” dari Amerika Syarikat bakal menjadi perhatian para pelabur untuk mendapatkan sentimen dan arah pasaran selanjutnya.

Anda mempunyai Instagram ? Follow saya di @MoshedFX

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat