‘Vaksin Atau Mati’ – Ini Amaran Jerman Ketika Covid-19 Semakin Mengganas

603

Menteri Kesihatan Jerman telah mengeluarkan amaran tegas untuk menyeru rakyat mendapatkan vaksin di tengah kebangkitan semula Covid-19 yang semakin membimbangkan.

Ketika berucap di sidang akhbar di Berlin pada hari Isnin, Jens Spahn mengatakan bahawa menjelang akhir musim sejuk ini, semua orang di Jerman perlu diberi vaksin atau mati jika menolaknya.

Jerman yang kini dilanda gelombang keempat coronavirus telah menyaksikan peningkatan mendadak dalam kes jangkitan menyebabkan kapasiti untuk menampung pesakit di kebanyakan hospital penuh.

Kadar jangkitan di Jerman berada di tahap tertinggi sejak pandemik itu bermula, dan pakar kesihatan telah memberi amaran bahawa gelombang kali ini mungkin yang paling teruk. Sebanyak 45,326 kes baru telah dilaporkan dalam tempoh 24 jam, menjadikannya antara yang tertinggi di dunia.

Ia juga merupakan salah satu negara yang mempunyai kadar vaksinasi terendah di Eropah Barat, dengan hanya 68% rakyat telah divaksinasi sepenuhnya.

Sekatan yang lebih ketat akan dilaksanakan yang akan menyaksikan rakyat tidak divaksin dikecualikan di tempat tertentu dan beberapa pasar Krismas yang terkenal telah dibatalkan.

Spahn mengatakan walaupun beliau menentang isu mewajibkan vaksin, tetapi ia adalah kewajipan moral untuk mendapatkan suntikan kerana ia boleh memberi kesan pada orang lain.

“Kebebasan bermakna ambil tanggungjawab, dan ia kewajipan untuk masyarakat mendapatkan vaksin”, kata Spahn.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat