Vietnam Terpaksa Suntik $24 Billion Dalam SCB, Sistem Kewangan Diambang Keruntuhan!

3,503

Kerajaan Vietnam telah melancarkan tindakan menyelamat yang belum pernah dibuat sebelum ini untuk Saigon Joint Stock Commercial Bank (SCB) yang terpalit dengan pemberian pinjaman dalam penipuan kewangan terbesar negara.

Menurut maklumat baharu, SCB akan runtuh sepenuhnya jika ia tidak diberi pinjaman dan Hasil Perbendaharaan negara Vietnam akan beransur-ansur kering.

Info tersebut merupakan satu berita yang sangat mengejutkan kerana jumlah suntikan tunai yang besar, kerumitan operasi dan skala kerosakan sedia ada mampu meranapkan sistem kewangan Vietnam.

Sementara itu, hutang awam Vienam stabil tahun lepas pada 37% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) manakala defisit bajet melebar sedikit kepada 4.4%.

Berdasarkan pemantau bebas ASEAN+3 Makroekonomi dan Pejabat Penyelidikan, rizab asing adalah sekitar $100 billion pada akhir tahun dan ia meningkat daripada kira-kira $90 billion pada akhir Oktober.

Bank Negara Vietnam dilaporkan telah menyuntik wang tunai ke dalam bank itu yang berjumlah 5.6% daripada keluaran ekonomi tahunan negara dan satu perempat daripada rizab pertukaran asingnya.

Buat masa ini, bank pusat itu telah mengawasi SCB untuk mengelakkan berlakunya sebarang kecurian bank berikutan penahanan taikun hartanah, Truong My Lan pada Oktober 2022.

SCB telah menggunakan suntikan itu untuk menampung pengeluaran tunai seperti dalam dokumen bank yang dihantar kepada bank pusat pada bulan November.

Lan, taikun yang ditahan pada Oktober 2022 telah mencetuskan operasi penipuan bank dan dijatuhi hukuman mati selepas beliau didapati bersalah.

Dia mengaku tidak bersalah atas penyelewengan dan rasuah kerana didakwa menyedut $12.5 billion pinjaman daripada SCB kepada syarikatnya sambil mengawal bank tersebut melalui proksi.

Bank pusat dan kerajaan dalam usaha untuk meminta bantuan daripada sektor swasta khususnya pelabur asing bagi meneutralkan kestabilan SCB walaupun terdapat sekatan had 30% ke atas gabungan pemilikan asing bank Vietnam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat