Virus Baru China Merebak, Panik Pandemik Bakal Melanda Kembali?

2,086

Menjadi kebimbangan baru terkini, negara China dilaporkan sedang bergelut dengan situasi cemas berkenaan peningkatan penyakit pernafasan iaitu Pneumonia.

Wabak misteri di negara itu dilaporkan juga telah mula merebak ke negara-negara besar Eropah antaranya Denmark, Belanda dan Amerika Syarikat.

Menurut rujukan Avian Flu Daily, blog tersebut mendedahkan jangkitan Mycoplasma telah berada pada paras wabak dengan peningkatan pada musim panas dan terus meningkat dengan ketara sejak lima minggu lalu.

Menurut penyelidik kanan Hanne-Dorthe Emborg daripada Institut Serum Statens berkata dalam tempoh lima minggu lalu, bilangan kes baharu telah meningkat dengan ketara dan data menyaksikan lebih banyak kes daripada biasa yang kini meluas ke seluruh negara.

Antara simptom-simptom yang muncul adalah seperti selesema ringan, keletihan, sakit kepala, sakit tekak dan batuk kering yang berpanjangan pada waktu malam. Ia lebih dikenali sebagai Pneumonia Sejuk atau Pneumonia Atipikal kerana penisilin biasa tidak mempunyai kesan terhadap jangkitan itu.

Pegawai kerajaan China memaklumkan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) bahawa patogen baharu dikesan pada wabak itu dan penyakit itu disebabkan oleh virus bermusim seperti selesema dan RSC bersama dengan bakteria Mycoplasma Pneumonia.

Terdapat beberapa negara di Asia sudah memulakan persiapan dan persediaan jika wabak itu terus menular dengan lebih serius.

Pengalaman pandemik Covid-19 menzahirkan langkah berjaga-jaga daripada pihak kerajaan bagi mengurangkan panik pada masyarakat dan ekonomi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat