Vroom Catat 2 Kali Ganda Keuntungan Hari Pertama Dagangan, Bill Gates Untung Besar!

749

Bill Gates yang menduduki carta kedua dalam senarai jutawan dunia menerima tuah apabila pelaburannya di dalam pasaran kereta terpakai, Vroom Inc yang merekodkan keuntungan dua kali ganda pada hari pertama dagangan syarikat tersebut.

Dilaporkan saham Vroom yang berpangkalan di New York telah melonjak 118% pada Selasa, menjadikan nilai pegangan saham Gates 6% melebihi $175 juta (RM748.21 juta). Pada Rabu, sahamnya sekali lagi melonjak 16% kepada $55.44.

Cascade Investment LLC yang dimiliki oleh Gates memiliki 7.2% saham dalam Vroom menerusi tawaran awam (IPO) dengan keuntungan bersih bernilai $115.1 bilion.

Harga saham Vroom bernilai $22 sesaham, menyasarkan peningkatan sehingga sekitar $470 juta sekaligus akan meletakkan syarikat itu pada nilai melebihi $2 bilion.

Sebelum ini harga saham Vroom berada melebihi dari paras sebelumnya, memberi isyarat kepada IPO walaupun keadaan ekonomi global masih goyah. Seperti ZoomInfo, syarikat perisian berpangkalan di Vancouver, bernilai melebihi dari parasnya dan menyaksikan lonjakan harga saham 62% pada hari pertama dagangan minggu lepas.

Vroom, merupakan platform yang membantu pengguna untuk membeli dan menjual kereta terpakai dalam talian, menawarkan pembiayaan, perkhidmatan penghantaran dan banyak lagi. Rekod tahun lepas mencatatkan sebanyak 19,000 kenderaan terjual, meningkat dari jumlah 10,006 pada 2018.

Jumlah kenderaan di platform mereka juga telah meningkat daripada 2,963 kepada 5,107 pada suku pertama dengan pengunjung bulanan meningkat lebih dari dua kali ganda.

Pendapatan bersih syarikat tersebut pada 2019 mencatatkan jumlah $1.2 bilion meningkat hampir 40% tahun ke tahun dengan kerugian bersih sebanyak $143 juta.

Fenomena ini memberi pulangan menarik kepada pelaburan industri automotif selama dua hari berturut-turut. Isnin lalu saham Nikola Corp, pesaing Tesla Inc juga meningkat dua kali ganda dan sekali lagi meningkat 8.8% pada Selasa, menjadikan nilai bersih $9.8 bilion.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat