Wajib Baca, Ini Perkara Mempengaruhi Pasaran Pada Awal Minggu!

513

Mata wang euro mencatatkan sedikit keuntungan pada pembukaan dagangan sesi Asia selepas mendapat sokongan daripada laporan mengenai pilihan raya presiden Perancis.

Emmanuel Macron dilaporkan sedang mendahului pengundian pusingan pertama dengan memperoleh 27.41% undian dan pencabar utamanya Marine Le Pen sebanyak 2.9% daripada 88% undian yang dikira.

Kedua-dua calon itu seterusnya akan bertanding dalam pengundian kedua pada 24 April. Pendahuluan Macron memberi sedikit keyakinan kepada pasaran yang meragui pimpinan Le Pen walaupun beliau telah melupakan untuk menghentikan penggunaan euro.

Walau bagaimanapun, keuntungan yang diraih mata wang euro kembali terbatas berikutan pengukuhan US dolar, menyebabkannya kembali susut untuk terus didagangkan lemah di sekitar paras terendah hampir satu bulan.

Selain itu, pergerakan euro turut dipengaruhi oleh pelabur yang mengambil langkah berhati-hati menjelang mesyuarat polisi Bank Pusat Eropah (ECB) pada minggu ini.

Raja mata wang US dolar pula kekal kukuh di puncak tertinggi tahunan meskipun sedikit tergelincir selepas menyentuh paras 100 buat pertama kali dalam tempoh hampir dua tahun pada Jumaat. Pada sesi Asia, indeks dolar didagangkan tinggi pada sekitar harga 99.80.

Pengukuhan US dolar terus melemahkan pergerakan pesaing utamanya, khususnya mata wang berkaitan komoditi ketika pelabur turut menantikan mesyuarat polisi Bank Pusat Kanada (BOC) dan New Zealand (RBNZ) yang juga berlangsung minggu ini.

Melihat perkembangan pound, mata wang itu kekal didagangkan rendah meskipun mencatat sedikit kenaikan pada akhir minggu lalu, menyaksikannya terus melemah pada sekitar harga 1.3000 berbanding USD.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat