Apa Yang Berlaku? Indeks US Dolar Meroket Melebih Paras Dagangan 100!

1,274

Indeks US dolar yang mengukur matawang US dolar berbanding enam matawang utama telah mengukuh ke paras dagangan 100 buat kali pertama dalam hampir dua tahun, dirangsang oleh prospek kadar pengetatan Rizab Persekutuan yang lebih agresif untuk mengekang inflasi yang melonjak.

US dolar telah mendapat keuntungan berbanding sekumpulan enam mata wang utama sepanjang bulan lalu, terutamanya berbanding Euro. Hal ini kerana didorong oleh kebimbangan pelabur terhadap kos ekonomi peperangan di Ukraine dan pilihan raya presiden yang berpotensi menjejas perkembangan di Perancis.

Indeks dolar meningkat setinggi 100.19, tertinggi sejak Mei 2020, naik 0.2% pada 100.01 sebelum susut ke paras dagangan 99.850. Menurut Joe Manimbo, penganalisis pasaran kanan di Western Union, pengukuhan US dolar adalah didorong daripada kemuncak faktor kenaikan harga yang terdiri daripada risiko geopolitik, ketidaktentuan pilihan raya di Perancis, dan prospek kadar faedah Fed yang semakin ‘hawkish’.

Indeks US dolar telah naik 1.5% pada minggu ini, yang menjadi kenaikan mingguan terbesarnya dalam sebulan, disokong oleh kenyataan ‘hawkish’ daripada beberapa pembuat dasar Fed.

Pengeluaran minit mesyuarat Mac Fed minggu ini menunjukkan “ramai” penggubal dasar bersedia untuk menaikkan kadar dalam kenaikan 50 mata asas dalam beberapa bulan akan datang.

Disisi lain, Euro terus susut ke paras terendah sebulan pada $1.0837. Minit mesyuarat daripada Bank Pusat Eropah yang diterbitkan pada Khamis mencadangkan pembuat dasarnya berminat untuk bertindak untuk memerangi inflasi, tetapi zon euro setakat ini telah mengambil langkah yang lebih berhati-hati daripada bank pusat lain, melemahkan euro.

Bukan itu sahaja, persaingan pilihan raya yang semakin sengit di Perancis antara Presiden Emmanuel Macron dan calon sayap kanan Marine Le Pen telah menambah tekanan ke atas euro, meningkatkan kebimbangan pelabur tentang hala tuju masa depan ekonomi kedua terbesar zon Eropah.

Pasaran kini memberi tumpuan pada indikasi lebih banyak dari para penggubal dasar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat