Walau Pound Berisiko, GBP/USD Berjaya Melonjak Di Awal Minggu

133

Tempias positif oleh peningkatan Euro pada awal minggu selepas mendapat petunjuk hawkish oleh bank pusat Eropah, mata wang Pound juga turut menunjukkan peningkatan pada dagangan Isnin semalam sementara US dolar pula menyambung penyusutannya.

Namun, pelabur kekal waspada terhadap pergerakan Pound yang masih terpalit dengan risiko Brexit ekoran persetujuan berkenaan protokol Ireland Utara masih belum tercapai.

Pound meningkat berbanding US dolar di awal minggu ekoran sentimen pasaran yang memulih mendorong raja mata wang itu mengekalkan corak penurunan minggu lalu.

Pada carta harga pasangan mata wang GBP/USD, harga yang memulakan dagangan pada sesi Asia semalam terus mengatasi zon rintangan 1.25000 iaitu paras ketinggian yang dicapai minggu lalu.

Kenaikan harga telah mencapai paras ketinggian pada 1.26000 mencatatkan paras tertinggi terbaru untuk tempoh dagangan 3 minggu.

Pergerakan harga yang kekal di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD masih memberi petunjuk bullish.

Sekiranya corak kenaikan harga berjaya diteruskan, harga dijangka meningkat menembusi pula rintangan pada 1.26000.

Seterusnya harga akan mencatatkan paras ketinggian terbaru lagi dengan sasaran kenaikan lebih tinggi adalah menuju sekitar 1.27000.

Sebaliknya jika harga membuat penurunan, paras sokongan awal harga dilihat pada 1.25000 yang merupakan paras rintangan pada dagangan minggu lalu.

Memberi isyarat untuk pergerakan bearish harga selepas susut di bawah paras sokongan MA50, harga dijangka untuk kembali menuju ke zon 1.24000.

Pelabur juga akan memberi tumpuan terhadap terbitan data ekonomi sektor pembuatan dan perkhidmatan di UK yang akan mempengaruhi pergerakan Pound di sesi Eropah sebentar lagi.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat