Walaupun Bangkit, Ini Bakal Jadi Kejatuhan Mingguan Pertama Buat USD!

1,596

US dolar terus memaparkan pemulihan pada sesi Eropah tetapi berada di landasan untuk penurunan pertamanya dalam tempoh enam minggu ketika pasaran menuju penghujung minggu.

Keputusan Federal Reserve (Fed) untuk menaikkan kadar faedah sepatutnya menyokong US dolar, tetapi disebabkan pelabur telah meletakkan posisi lebih awal sebelum mesyuarat berlangsung, raja mata wang itu susut ke paras terendah satu minggu.

Euro kembali susut dari paras tertinggi dua minggu yang dicapainya sebelum ini berikutan kebangkitan US dolar. Mata wang sebelum ini meningkat selepas data yang diterbitkan pada Khamis menunjukkan inflasi Eropah melonjak tinggi.

Sementara itu, safe haven yen terus kehilangan daya tarikan selepas keputusan mesyuarat Bank Pusat Jepun (BOJ) yang mengekalkan kadar faedah dan optimisme pelabur terhadap rundingan damai Ukraine-Rusia.

Pelabur kini menantikan perbincangan antara Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden dan Presiden China, Xi Jinping yang akan mengadakan panggilan telefon pada hari Jumaat.

Kedua-dua pemimpin itu dijangka akan berbincang mengenai hubungan dua hala negara dan isu geopolitik Ukraine dan Rusia. AS sebelum ini telah memberi amaran kepada China untuk tidak menyokong Rusia.

Dalam pada itu, mata wang pound masih gagal memadamkan kerugian yang dicatatkan selepas Bank Pusat England (BOE) memberi isyarat untuk memperlahankan pengetatan setelah menaikkan kadar faedah sebanyak tiga kali.

Di sisi lain, dolar Aussie dan kiwi sedikit susut selepas melonjak tinggi berikutan jangkaan terbaru bahawa Bank Pusat China (PBOC) mungkin mengekalkan dasar monetarinya di tengah ketidakpastian ekonomi.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat