Walaupun Berdepan Bankrap, Core Scientific Lombong 1,400 Bitcoin Pada Disember!

139

“Masih lagi bertahan, firma ini tetap berusaha walaupun dah nyawa-nyawa ikan.”

Sungguhpun memfailkan bankrap Bab 11 pada akhir Disember tahun lepas, Core Scientific, syarikat mining Bitcoin (BTC) terbesar berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) telah melombong sebanyak 1,435 BTC pada bulan Disember manakala November pula sekitar 1,356 BTC.

Dilaporkan bahawa syarikat tersebut telah memberhentikan operasinya sepanjang dua bulan terakhir 2022, namun perlu diingatkan perkhidmatannya masih ditawarkan kepada negara Texas, Georgia, Kentucky, North Carolina dan North Dakota.

Malah, Core Scientific yang berhasrat untuk meneruskan mining aset digital telah bekerjasama dengan beberapa syarikat utiliti bagi menyokong kestabilan grid elektrik syarikatnya.

Secara konteks, syarikat itu telah mencapai kejayaannya pada 2021 dengan penilaiannya lonjak sebanyak $4.3 bilion apabila berjaya memeterai perjanjian bersama Power & Digital Infrastructure Acquisition Corp.

Namun pada Jun 2022, Core Scientific terpaksa menjual lebih 7,000 BTC berikutan kejatuhan drastik pasaran kripto dan keadaan makroekonomi yang tidak memberangsangkan.

Bukan itu sahaja, syarikatnya turut mengalami kerugian sebanyak $1.7 bilion pada November lepas dengan pemegangan tunai sekitar $32 juta termasuk 62 BTC.

Meskipun begitu, Core Scientific tetap menghasilkan BTC sambil membayar balik hutangnya walaupun saham syarikat itu susut lebih 98% manakala modal pasarannya pula junam pada $78 juta.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat