Walaupun Pasaran ‘Sendu’, Tapi GBP/USD Tetap Capai Paras Ketinggian Terbaru 11 Minggu

209

Walaupun pergerakan pasaran perlahan pada Khamis semalam, namun mata wang Pound berjaya capai paras ketinggian terbaru lagi berbanding US dolar yang bergerak suram ketika pasaran Amerika Syarikat (AS) bercuti sempena Thanksgiving.

Di sesi Eropah semalam diterbitkan data PMI pembuatan dan perkhidmatan UK untuk bulan November menyaksikan bacaan angka yang positif.

Data sektor pembuatan meningkat 46.7 mata berbanding ramalan 45.0, sementara data perkhidmatan pula telah melepasi paras stabil kepada 50.5 mata berbanding jangkaan untuk kekal 49.5 mata.

Data PMI yang sama untuk AS akan diterbitkan pada sesi New York malam ini dan dijangka akan memberi kesan kepada pergerakan mata wang US dolar pada penutup sesi terakhir.

Meneliti carta harga pasangan mata wang GBP/USD, harga berjaya melonjak dari paras 1.25000 hingga mencapai 1.25700 pada sesi Eropah semalam.

Ini adalah paras ketinggian terbaru 11 minggu yang direkodkan selepas sedikit mengatasi paras harga pada dagangan Selasa lalu sekitar 1.25600.

Namun harga kembali berundur semula di sesi New York sebelum menutup dagangan perlahan di sekitar paras 1.25300.

Harga mendatar perlahan di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD tersebut mencadangkan isyarat trend yang masih bullish.

Sekiranya kenaikan berjaya dipacu lebih tinggi di penghujung minggu ini, kenaikan harga bakal mensasarkan untuk mencapai paras 1.26000.

Namun, ia memerlukan faktor penyusutan lanjut US dolar dengan kemungkinan bacaan PMI AS yang diterbitkan merosot.

Sebaliknya jika situasi berubah, harga boleh paparkan penurunan semula ke bawah paras sokongan MA50 sebelum menguji zon 1.25000.

Tembus lebih rendah akan menyaksikan harga mencecah kembali paras 1.24500 pada dagangan Rabu lalu sebelum tumpuan terarah kepada zon 1.24000.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat