Walaupun Pound Berisiko, GBP/USD Tetap Pamer Peningkatan

246

Selepas data inflasi AS diterbitkan meningkat, US dolar telah pamerkan penyusutan. Berkemungkinan faktor “buy the rumors, sell the news’’, pelabur telah mengambil keuntungan bagi posisi dagangan US dolar selepas jangkaan kenaikan inflasi lebih awal didorong oleh terbitan data indeks pengeluar AS yang meningkat pada Jumaat lalu.

Menambahkan lagi tekanan buat US dolar apabila hasil perbendaharaan AS turut menjunam semula menuju ke paras 1.60% selepas kenaikan pada awalnya ke paras 1.70%.

Namun, ketika US dolar melemah dan mata wang utama lain mula meningkat, Pound Sterling dilihat bergelut untuk meningkat dan gagal mengekalkan momentum lonjakan di awal minggu.

Ini adalah disebabkan kebimbangan terbaru apabila vaksin Coronavirus Johnson & Johnson telah dihentikan sementara waktu berikutan terdapat laporan 6 kes kesan sampingan darah beku selepas suntikan.

Pound Sterling walau bagaimanapun berjaya mengukuh berbanding US dolar menuju penghujung sesi New York namun kenaikan harga dilihat lebih perlahan.

Pada carta harga GBP/USD, harga telah berjaya pamer kenaikan awal di sesi Eropah selepas data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) UK diterbitkan positif.

Namun, pada sesi New York harga telah susut sehingga ke paras 1.37000 sebelum kembali membuat kenaikan semula di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga.

Walaupun harga memberi isyarat untuk menyambung kenaikan, namun pelabur tetap perlu berwaspada ekoran penganalisis memberi amaran untuk dagangan Pound yang masih berisiko.

Sesi Asia pada Rabu melihatkan harga meneruskan kenaikan menguji paras rintangan mingguan sekitar 1.37700 dengan kenaikan lebih tinggi dijangkakan ke zon SBR (support become resistance) 1.38000.

Melepasi zon tersebut, sasaran kenaikan seterusnya harga bakal menuju ke paras ketinggian yang dicapai pada minggu lalu sekitar 1.39200.

Sekiranya Pound bergerak susut, harga boleh menjunam semula ke paras sokongan 1.37000. Penurunan lebih rendah akan menguji paras support minggu lalu pada 1.36700.

Lebih parah, harga boleh jatuh sehingga ke paras 1.36000 sekiranya Pound terus mengalami penyusutan nilai di penghujung minggu.

Lihat gambar carta pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat