Walaupun Tanpa TPP, Jepun Masih Boleh Merangka Perjanjian Perdagangan Bebas yang Baru. Agak-agak Dengan Siapa?

33

Jepun dan Kesatuan Eropah dijangka akan mengadakan perbincangan terakhir minggu ini bagi mencapai perjanjian perdagangan bebas menjelang akhir tahun ini.

Rundingan perdagangan dua hala ini dianggap memberi makna besar buat kedua-dua wilayah tersebut selepas Presiden Trump dikatakan akan menarik diri daripada Perjanjian Trans Pasifik (TPP).

Kata salah seorang pegawai perdagangan yang enggan didedahkan identitinya, Presiden Abe inginkan perjanjian tersebut dipersetujui tahun ini juga.

Melalui perjanjian tersebut, Jepun memohon pemotongan tarif ke atas barangan automotif dan peranti elektrik dari Jepun. Tokyo juga memohon agar EU dapat mengurangkan kerenah birokrasi yang melibatkan perniagaan Jepun dengan EU.

Dalam masa yang sama, Akhbar Nikkei juga melaporkan pada Rabu bahawa EU juga mungkin akan memansuhkan cukai keatas kira-kira 80 peratus bahagian kereta yang diimpot dari Jepun dengan jumlah perdagangan serta-merta sebaik sahaja perjanjian tersebut berkuat kuasa.

Sebagai balasan, EU mahu Jepun memansuhkan tarif keatas produk pertanian seperti keju dan wain serta kadar cukai yang lebih rendah terhadap daging babi.

Jika kedua-dua negara bersetuju dengan rangka kerja perjanjian tersebut, Pesuruhjaya Perdagangan EU iaitu Cecilia Malmstrom akan melawat Jepun minggu depan bagi meneruskan perbincangan dengan Menteri Luar Jepun, Fumio Kishida.

China Melabur Besar-Besaran Ke Dalam Sektor Pelancongan Menjelang 2020!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat