China Melabur Besar-Besaran Terhadap Sektor Pelancongan Menjelang 2020. Cuba Teka Berapa?

74

Menurut perancang negeri di China, negera itu dikatakan akan melabur kira-kira 2 Trillion Yuan ($290 Billion) ke dalam industri pelancongan China bagi menarik lebih banyak pelaburan swasta.

Agensi Pembangunan Negara dan Suruhanjaya Pembaharuan (NDRC) berkata bahawa mereka merancang projek kelompok pelancongan utama bagi menarik kemasukan pelabur swatsa. Mereka juga menambah, infrastruktur pelancongan dan perkhidmatan di negara itu memerlukan penambahbaikan.

Angka itu juga dipersetujui sebagai tindak balas terhadap garis panduan yang dikeluarkan oleh kabinet negeri bagi tujuan reformasi industri pelancongan.

Industri ini diberi penekanan berikutan potensi untuk menarik pengunjung kira-kira 50 juta orang pada tahun 2020 yang bakal menyumbang 10 peratus kepada pertumbuhan ekonomi. Potensi ini turut menyumbang kepada lebih 10 peratus daripada jumlah pekerjaan.

Dalam masa yang sama, China juga mengembangkan industri perkhidmatan bagi mengimbangi kesan permintaan global yang melemah terhadap aktiviti eksport.

Masa Depan Minyak Mentah Berpotensi Cerah Menjelang Pembukaan Tahun 2020. 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat