Walaupun USD Jatuh, Pelabur Tetap Berwaspada!

800

US dolar kembali memaparkan penurunan ketika pasaran memasuki sesi Eropah walaupun kebimbangan terhadap ketegangan Rusia dan Ukraine masih membelenggu pasaran.

Setelah menggegarkan pasaran dengan tindakan mengisytihar kemerdekaan dua wilayah di Ukraine, Rusia mengatakan pihaknya bersedia untuk mengadakan rundingan dan diplomasi.

Ini mungkin menjadi faktor untuk risiko dalam pasaran sedikit mereda, selain turut ditambah dengan laporan yang mengatakan sekatan Kesatuan Eropah (EU) ke atas Rusia mungkin terhad.

Walaupun begitu, pelabur tetap berhati-hati terhadap sebarang kemungkinan yang akan berlaku dalam isu ini memandangkan kemungkinan untuk berlaku serangan masih ada.

Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding sekumpulan mata wang utama diniagakan susut pada sekitar harga 96.00.

Sementara itu, mata wang euro mendapat manfaat daripada kemerosotan US dolar untuk kembali mencatat peningkatan setelah jatuh rendah pada Isnin. Euro juga mendapat sokongan daripada data indeks iklim perniagaan Ifo JErman yang meningkat pada Februari.

Mata wang pound pula stabil pada 1.3600 selepas tergelincir pada awal sesi Eropah ketika pelabur menantikan pengumuman daripada Perdana Menteri Boris Johnson mengenai sekatan UK ke atas Rusia.

Dalam pada itu, dolar Kanada turut kembali meraih sokongan untuk meningkat dengan dorongan daripada harga minyak mentah dunia yang semakin menghampiri paras harga $100 setong.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat