Wall Street Berdarah Diseret Tesla & Apple!

146
  • Indeks utama ditutup rendah
  • Saham Tesla junam 12%
  • Saham Apple susut 3.7%

Pasaran Wall Street memulakan dagangan tahun baru dengan ‘langkah kiri’ selepas diheret jatuh oleh saham Tesla dan Apple.

Saham dalam pembuat kenderaan elektrik Tesla Inc, ditutup susut 12% ekoran angka laporan penghantaran yang tersasar daripada jangkaan pada suku keempat.

Tesla dilaporkan menghantar 405, 278 kenderaan pada suku keempat yang berakhir 31 Disember, ini meleset daripada jangkaan sebanyak 431,117.

Secara keseluruhan, penghantaran Tesla sepanjang 2022 hanya meningkat sebanyak 40%, tersasar dari sasaran tahunan 50% oleh Elon Musk.

Menambah kepincangan pergerakan Wall Street, saham Apple tergelincir 3.7% ke paras terendah sejak Jun 2021 selepas ditolak jatuh oleh laporan mengenai permintaan yang lemah.

Di sisi lain, sektor tenaga yang meraih keuntungan besar pada 2022, malangnya susut 3.6% pada hari pertama dagangan ekoran kejatuhan harga minyak.

Keseluruhan, indeks Dow Jones susut 10.88 mata kepada 33,136.37, manakala S&P 500 rugi 15.36 mata kepada 3,824.14 dan Nasdaq Composite junam 79.50 mata kepada 10,386.99.

Menjadi tumpuan pasaran seterusnya adalah keluaran laporan minit mesyuarat FOMC untuk dijadikan petunjuk kepada hala tuju dasar monetari bank pusat seterusnya selepas menaikkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas pada Disember.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat