Warren Buffett Melabur Dalam Bitcoin, Betul Ke?

371

Sejak jutawan Warren Buffett membuat pelaburan serentak ke atas lima firma perusahaan Jepun baru-baru ini, figura tersebut mula mendapat perhatian dunia kerana tindakannya itu tidak terduga, malah luar dari kebiasaannya.

Menariknya lagi, susulan daripada pelaburan terbaru itu timbul desas-desus yang mengatakan beliau akan melabur dalam mata wang kripto, Bitcoin (BTC).

Persoalannya, betul ke?

Dua minggu lalu firma Buffet, Berkshire Hathaway telah membuat pelaburan di dalam syarikat perlombongan emas besar, Barrick Gold.

Berikutan daripada itu, pengasas platform perkhidmatan tukaran mata wang kripto Gemini, Cameron Winklevoss berpendapat tindakan Buffett menandakan inflasi semakin menghampiri dan gara-gara itu tidak mustahil Buffett akan menceburi ke dunia kripto pula.

Terdapat juga pendapat yang menolak dakwaan Winklevoss memandangkan usia Buffett sudah pun 90 tahun. Jika individu tersebut benar-benar berjinak dengan Bitcoin, ini bermakna akan mengambil masa yang lama untuk mengenali matawang digital itu. Atau mungkin jika beliau nekad untuk membuat pelaburan tersebut, ia akan menjadi tanggungjawab perintisnya kelak.

Pengacara rancangan RT, Max Keiser juga berfikiran sama dengan Wiklevoss walaupun sebelum ini Buffett jelas menolak untuk memiliki pelaburan di dalam BTC, menganggap matawang kripto itu sebagai ‘perangkap tikus’.

Menurut Keiser, strategi yang akan diambil Buffett merupakan pusingan U-turn sebaik sahaja jutawan itu menyedari aset digital itu memiliki nilai yang tinggi, sama seperti pelaburannya terhadap emas setelah sekian lama menghindari pelaburan emas.

Personaliti televisyen itu juga tidak dapat menolak kemungkinan Buffett akan panic-buying BTC pada jumlah $50k terutama setelah pengumuman oleh Federal Reserve berkenaan perubahan besar polisi yang membenarkan kadar inflasi meningkat lebih tinggi, di mana ia dijangka akan membawa harga Bitcoin tinggi mencecah $500k.

Sementara itu, beberapa syarikat sudah mula mengurangkan pegangan tunai dan berpindah kepada bitcoin untuk selamat dari inflasi.

Antara syarikat yang berbuat demikian, Microstrategy, salah satu syarikat yang tersenarai dalam Nasdaq. Dilaporkan syarikat tersebut memindahkan sejumlah tunai $250 juta kepada bitcoin.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat