Warren Buffett Buat Pelaburan Serentak Ke Atas 5 Syarikat Jepun Berjumlah $6 Bilion!

6,838

Warren Buffett nampaknya meluaskan pelaburannya, memasuki pasaran Jepun dengan pelaburan berjumlah $6 bilion ke atas lima perusahaan terbesar di negara matahari terbit itu, merangkumi industri pengimportan makanan dan tekstail hingga industri teknologi dan pembuatan.

Siapa sangka pada usia 90 tahun, beliau kini merupakan salah seorang pemegang saham terbesar Mitsubishi Corp, Mitsui & Co, Itochu Corp, Sumitomo Corp dan Marubeni Corp.

Syarikat pelaburannya, Berkshire Hathaway telah memiliki 5% saham dari setiap satu syarikat tersebut, yang mana menjadi tunjang utama ekonomi Jepun.

Jumlah keseluruhan saham yang dimiliki menerusi subsidiari National Indemnity itu membawa jumlah melebihi $6.3 bilion. Dilaporkan Berkshire merancang untuk melabur dalam tempoh yang lama sekaligus mengukuhkan lagi pegangannya di dalam mana-mana lima firma tersebut.

Tindakan Buffett itu nampaknya menerima sambutan yang menggalakkan di pasaran Jepun. Dilaporkan lima firma tersebut menyaksikan lonjakan saham di antara 6% di Itochu dan 14% di Marubeni.

Walau bagaimanapun, penganalisa terkejut dengan langkah yang diambil Buffett, menyifatkan tindakan figura itu sangat berbeza dengan keputusan pelaburan yang dilakukan sebelum ini.

Pelaburan ini juga sebenarnya membuka jalan kepada Berkshire untuk tidak lagi bergantung terhadap ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang telah menguncup mendadak pada suku terakhir untuk tempoh 73 tahun.

Pandemik koronavirus nampaknya memberi impak yang mendalam kepada firma Buffett yang mana mempunyai pelaburan yang luas di AS, dari American Express dan Coca-Cola hingga Bank of America dan Apple.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat