Washington Tangguh Keputusan Berkaitan Huawei, Tingkatkan Risiko Pasaran

308

Sentimen pasaran yang masih kekal berisiko pada Jumaat akan terus memberi kelebihan terhadap dagangan safe-haven Yen selepas laporan terbaru yang menyatakan White House sedang menangguhkan keputusan untuk membenarkan syarikat-syarikat di Amerika Syarikat untuk berurusniaga bersama syarikat teknologi gergasi China, Huawei.

Menurut laporan Bloomberg, Washington mendakwa syarikat Huawei atas tuduhan mengintip dan mencuri hak intelektual, dan telah mencetuskan lagi kehangatan terhadap risiko dalam pasaran membuatkan harga emas kekal di paras yang tinggi sementara pasaran saham hadapan Amerika Syarikat mengalami penurunan.

Pound Sterling diniagakan di sekitar paras terendah 2 tahun berbanding dolar Euro selepas media melaporkan Perdana Menteri Britain Boris Johnson sedang membuat persiapan untuk mengadakan pilihanraya selepas tarikh akhir Brexit pda 31 Oktober nanti untuk Britain meninggalkan Kesatuan Eropah.

Ketidaktentuan yang melanda Amerika Syarikat dan China turut meningkatkan ketidaktentuan terhadap Brexit, dan faktor tersebut akan terus menyokong matawang safe-haven dalam pasaran yang diramalkan kekal berisiko untuk beberapa minggu akan datang.

Berdasarkan data yang dikeluarkan pada sesi Asia hari ini, bacaan awal bagi pertumbuhan GDP di Jepun bagi suku kedua tahun ini meningkat pada kadar 0.4% lebih tinggi berbanding jangkaan penurunan kepada 0.1% oleh pasaran.

Turut menjadi tumpuan seterusnya adalah laporan kenyataan polisi monetari oleh Reserve Bank of Australia untuk pelabur menilai pandangan bank pusat terhadap unjuran ekonomi dan inflasi.

Selain itu, turut dikeluarkan bersama adalah data ekonomi China dengan bacaan yang agak bercampur. Indeks harga pengguna China unjuran tahun ke tahun mencatatkan peningkatan kepada 2.8% berbanding jangkaan kekal pada angka 2.7%.

Manakala, bacaan bagi data indeks harga pengeluar di China pula mencatatkan penurunan kepada -0.3% meleset daripada ramalan kekal di paras sifar oleh pasaran.

Pada sesi Eropah, data pertumbuhan GDP di United Kingdom pula yang akan menjadi tumpuan sebelum laporan data pekerjaan Kanada akan menyusul pada sesi pasaran New York malam nanti.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat